Kencing manis atau nama saintifiknya ialah diabetes, merupakan
salah satu penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia. Saya percaya masih
ramai yang tidak tahu bahayanya penyakit kencing manis. Saya nak kongsi info apakah
organ atau anggota tubuh badan manusia yang bakal terancam kerana kencing manis.
Terdapat 4 bahagian badan yang bakal terancam akibat terkena penyakit kencing
manis, iaitu ;
1) Mata – Boleh mengakibatkan masalah penglihatan atau buta
2) Jantung – Boleh terkena serangan jantung secara tiba – tiba
3) Buah Pinggang – Boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang
kronik
4) Kaki – Boleh mengakibatkan kaki dipotong
#1 Kawal
ABC Anda!
- A1c (kawal gula dalam darah)
- Blood
Pressure (tekanan
darah)
- Cholesterol (kolesterol)
A) Kawal A1c (gula dalam darah)
- Pastikan buat pemeriksaan 2 hingga 4 kali
setahun
- A1c menggambarkan purata nilai gula dalam
darah anda sepanjang 3 bulan yang lalu
- Sasaran ideal A1c adalah kurang dari 6.5%
B) Blood Pressure
(tekanan darah)
- Periksa setiap kali rawatan
- Sasar kurang daripada 130/80mmHg
C) Cholesterol
- Lakukan pemeriksaan setiap tahun
- Jumlah kolesterol < 5.2 mmol/1
- LDL < 2.6 mmol/1
- Untuk wanita, HDL > 1.3 mmol/1
- Untuk lelaku, HDL > 1.0 mmol/1
#2 Sentiasa
Lakukan Pemeriksaan Komplikasi Penyakit Kencing Manis
- Periksa kaki anda setiap hari
- Jumpa doktor gigi setiap 6 bulan
- Lakukan ujian buah pinggang setiap tahun
- Lakukan pemeriksaan mata setiap tahun
#3 Bersenam
& Amalkan Pemakanan Yang Sihat
- Dapatkan berat badan yang ideal. Jauhi
berat badan berlebihan atau obesiti
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit
sehari. Jauhi gaya hidup tak aktif ‘sedentari’
- Elakkan pemakanan tidak seimbang
contohnya berlebihan ambil makanan berlemak, kurang ambil makanan berserat
- Pilih makanan yang rendah Glisemik. Ambil
vitamin dan mineral seperti Kromium dan Magnesium
#4 Berhenti Merokok
Menurut kajian yang dilakukan.
Terlampau banyak kesan buruk akibat
merokok. Bukan hanya pada perokok malah orang sekeliling juga turut terkena
tempias. Apatah lagi jika perokok tersebut menghidap penyakit tertentu seperti
Kencing Manis atau Diabetes.
Kesan yang paling teruk ialah ia akan
merosakkan sel dalam badan kita. Seperti radikal bebas.
Saya tahu, memang sangat susah untuk
berhenti merokok sebab ia menjadi satu ketagihan. Sayangilah diri dan keluarga anda. Cuba berhenti secara perlahan-lahan, anda pasti boleh lakukannya!
#5 Kurangkan Atau Elakkan Pengambilan Gula
Dalam masakan atau minuman biasanya akan menggunakan gula pasir untuk menjadikan rasa yang lebih sedap sesuai dengan selera masing-masing.
Ramai yang masih kurang kesedaran bahawa gula pasir merupakan antara penyumbang masalah kencing manis jika diambil dalam jumlah yang berlebihan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menasihati orang diseluruh dunia untuk mengurangkan jumlah gula yang mereka makan setiap hari. Masyarakat hari ini semakin bijak dan telah mempunyai kesedaran untuk menggantikan pengambilan gula kepada pemanis semulajadi. Apakah itu pemanis pengganti gula semula jadi? Klik sini untuk info
No comments:
Post a Comment